SILA BACA Kertas Konsep MySihat Care Challenge 2024 SEBELUM MEMILIH AKTIVITI/TUGASAN
Video Kreatif: CPR/BLS yang berkualiti
Video Kreatif: Balutan dan Bebatan yang berkesan
Kuiz Online: Saya Duta Sihat 2024
FAQs
1. Adakah sebarang penyertaan dalam Program International My Sihat Care Challenge 2024 ini dikenakan yuran penyertaan?
Program ini adalah PERCUMA untuk Ahli Remaja Matchex sahaja.
2. Bagaimana saya boleh menyertai Program International MySihat Care Challenge 2024 ini?
Anda perlu bersetuju untuk menjadi Ahli Remaja Matchex.
3. Bagaimana saya boleh mendaftar sebagai ahli remaja Matchex ?
Melalui borang pendaftaran Program My Sihat, anda secara automatik menjadi ahli remaja Matchex.
4. Berapakah yuran yang perlu dijelaskan untuk menjadi Ahli Remaja Matchex bagi tahun ini?
Yuran yang perlu dijelaskan bagi tahun ini adalah:
Yuran Pendaftaran Keahlian : RM2.00 (Percuma)
Yuran Tahunan Ahli : RM2.00 (Percuma)
Yuran Aktiviti Tahunan : RM8.00
Promosi untuk tahun 2024 ini, yuran yang perlu dijelaskan hanyalah RM8.00 sahaja.
5. Apakah keistimewaan menjadi seorang Ahli Remaja Matchex ini ?
Setiap Ahli Remaja akan mendapat:
1. Penyertaan percuma dalam semua aktiviti online sepanjang tahun.
2. Berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sepanjang tahun.
3. Infomasi yang terkini berkenaan program-program yang akan dijalankan.
4. Skim khairat kematian secara percuma ** mengikut terma dan syarat
Tekan link : untuk maklumat lanjut
6. Berapa banyak acara yang boleh saya sertai dalam sesuatu program dengan percuma ?
Satu acara sahaja dalam sesuatu program yang akan dijalankan dalam tahun semasa.
7. Bolehkah saya mendaftar secara individu dalam Program International MySihat Care Challenge 2024 ini ?
Boleh bagi acara kuiz sahaja.