NOTIS PEMBERITAHUAN

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Program Mysihat Care Challenge 2024 telah tamat dan berjaya dilaksanakan bagi tahun 2024 ini. Insyallah ianya akan dianjurkan lagi pada tahun hadapan bermula Januari 2025. Program MySihat Care Challenge 2024 yang lalu adalah sebuah program bertaraf Antarabangsa kerana ianya telah disertai oleh 7 buah negara termasuk Malaysia dengan penyertaan hampir 50,000 orang peserta termasuk guru-guru pembimbing.

(Rujuk laporan penyertaan di sini)

Walaubagaimanapun program MySihat Care Challenge 2024 ini hanya diberikan pengiktirafan Peringkat Kebangsaan sahaja oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian No. Rujukan KPM.600-4/1/1 Jld.27(89). 

(Rujuk Surat Pengiktirafan KPM di sini)

Justeru itu, pihak penganjur telah berbincang dengan pihak BSKK KPM berkaitan pengiktirafan ini agar ianya dapat dinaiktaraf kepada Peringkat Antarabangsa. Pihak penganjur disarankan supaya membuat surat rayuan berhubung perkara ini dan surat rayuan telah dihantar tetapi masih belum mendapat maklum balas lagi.

(Rujuk surat rayuan di sini)

Oleh yang demikian, penganjur akan memaklumkan kepada semua yang terlibat berkaitan rayuan pengiktirafan ini setelah ianya mendapat maklum balas daripada pihak-pihak yang berkenaan. Sementara waktu ini semua peserta boleh mengisi markah PAJSK Peringkat Kebangsaan di bahagian Badan Beruniform bagi segala pelibatan dan pencapaian.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

PEMENANG-PEMENANG MENGIKUT KATEGORI DAN AKTIVITI

Video pemenang aktiviti A & B (1,2,3) boleh ditonton di https://www.youtube.com/@matchexinstudio